Friday, July 26, 2019

PENGURUSAN PBPPP FASA 2 PPD MARAN

26 JULAI 2019 - Bengkel Pengurusan PBPPP FASA 2 telah dihadiri oleh sebahagian besar PK Pentadbiran PPD Maran.

Program telah berlangsung di Dewan SMK DESA Jaya menerusi khidmat pegawai Jabatan Pendidikan Pahang dan Unit Pengurusan Sekolah PPD Maran.




Thursday, July 11, 2019

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI PN. RAZIMAH SKJ12

11 JULAI 2019 - Genap 56 tahun, Pn Razimah Mat Lazim pada hari ini telah secara rasmi menamatkan perkhidmatan sebagai guru di sekolah terakhir beliau SK LKTP JENGKA 12.




PPKPM merakamkan ingatan tulus ikhlas dengan ucapan SELAMAT BERSARA.


Monday, June 24, 2019

LAWATAN KEILMUAN DAN PENANDAARASAN

24-25 JUN 2019 - Persatuan Penolong Kanan Pentadbiran Maran Pahang (SR) kini menambah takwim aktiviti tahunan setelah bersama menjayakan Sambutan Aidilfitri Peringkat PPD Maran pada 19 Jun 2019 yang lalu dengan menganjurkan pula Lawatan Keilmuan Dan Penandaarasan ke Batu Pahat Johor Darul Takzim.

SK Penghulu Salleh Batu Pahat Johor 

Lawatan ini turut disertai Pegawai Pendidikan Daerah Maran iaitu Encik Bakri dan En. Burhanuddin.

Sambil melawat PPKPM turut meraikan PK Pentadbiran yang bertukar dan bersara.

Panorama dari Summit Signature Batu Pahat 

Dalam kesempatan ini, PPKPM mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri.

Summit Signature Hotel Batu Pahat Johor 

Wednesday, February 20, 2019

PERSATUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MARAN

Badan Penolong Kanan Pentadbiran Maran atau PK Pentadbiran Maran kini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan  nama pertubuhan dikenali sebagai

PERSATUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MARAN PAHANG 



Manakala alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 13, 
26400 Bandar Pusat Jengka.

Harap maklum.

Wednesday, January 23, 2019

TAKLIMAT PENGURUSAN PK PENTADBIRAN SR

23 JANUARI 2019 - Satu Taklimat Pengurusan PK Pentadbiran SR telah berlangsung di Bilik Studio PPDa SMK Seri Jengka.