Monday, November 5, 2018

MUAT TURUN BAHAN

Antara fungsi utama blog ini diwujudkan adalah sebagai platform penyediaan sumber rujukan Guru Penolong Kanan Pentadbiran mendapatkan bahan-bahan pengurusan dan kurikulum yang sangat berkaitan dengan PK1.

Sehubungan itu, menerusi blog ini beberapa bahan dalam bentuk surat, nota, pekeliling, modul, borang, perisian, grafik, dan sebagainya yang berkaitan boleh dimuat turun untuk kegunaan semasa. Dalam pada itu, bahan muat turun (download) ini melalui proses tertentu dan memerlukan persediaan bahan muat naik (upload) yang boleh disebar guna. Maka, adalah menjadi harapan admin untuk mendapatkan sokongan daripada PK1 yang mempunyai bahan/sumber bersesuaian agar boleh dikongsi sama menerusi blog ini.

Sebarang cadangan dan bahan bolehlah dialamatkan kepada admin menerusi e-mel berikut :

zahidbakar@hotmail.com

Sila klik MUAT TURUN BAHAN untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.

Nota : Buat masa ini bahan untuk dimuat turun masih terhad.

No comments:

Post a Comment